12 APRIL 2023 (RABU)

Sesi Libat Urus dan Perbincangan Kumpulan Sasar @ Focus Group Discussion (FDG) Bagi Penyediaan Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan – ‘Sustainable Development Goals (SDGs) Roadmap’ Majlis Daerah Yan (MDY) ini telah berlangsung pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Seramai lebih kurang 85 orang peserta meliputi para penjawat awam peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah Yan telah hadir ke sesi libat urus ini meliputi pelbagai jabatan / agensi teknikal, wakil – wakil YB Ahli Parlimen dan ADUN, para Ahli Majlis MDY, syarikat swasta dan para pemimpin komuniti dan pemegang taruh (stakeholders) setempat.

Sesi ini melibatkan 3 kumpulan iaitu Kumpulan 1 : Pertumbuhan Inklusif dan Pembangunan Untuk Semua, Kumpulan 2 : Meningkatkan Akses Kepada Perkhidmatan Berkualiti Untuk Mengurangkan Ketidakseimbangan dan Kumpulan 3 : Menggalakan Kemampanan Alam Sekitar Untuk Mengatasi Perubahan Iklim yang meliputi semua 17 matlamat SGDs yang digariskan.

Tujuan Sesi Libat Urus dan FGD diadakan adalah untuk membina kapasiti dan kefahaman tentang kemampanan bandar di peringkat komuniti dalam kawasan Daerah Yan bagi mencapai matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals 2030).

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah dirakamkan kepada Urbanice Malaysia atas pemilihan Majlis Daerah Yan bagi Penyediaan Laporan Hala Tuju SGDs ini dan penganjuran program yang sangat penting dan bermanfaat ini khususnya bagi Daerah Yan.Turut hadir di dalam sesi libat urus dan FGD ini ialah Tuan Pegawai Daerah Yan / Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan [Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.], YBrs. Dr Azmizam Bin Abdul Rashid [ Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia], wakil Pengurus Projek URP 3 & Unit Penyelarasan Maklumat Perancangan PLANMalaysia Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), Ahli-Ahli Majlis (politik dan ex officio) Majlis Daerah Yan, Tuan Setiausaha MDY [Encik Mohd Akmal bin Azimi], wakil-wakil jabatan /agensi / komuniti yang terlibat, para Penghulu Mukim, Ketua- Ketua Unit dan Jabatan MDY dan PDTY serta para urus setia dari Urbanice Malaysia dan MDY yang terlibat.Semoga sesi yang sangat penting ini diharap dapat memberi impak yang positif bagi tempoh jangka panjang perancangan pembangunan khususnya kepada Majlis Daerah Yan dan Daerah Yan secara keseluruhan dalam mencapai visi Yan Lestari.

Skip to content