Alor Setar Half Marathon 2023

04 MAC 2023 – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud hadir menyempurnakan acara penyampaian hadiah bagi program Alor Setar Half Marathon 2023 yang diadakan di Dataran Starwalk, Alor Setar. Alor Setar Half Marathon 2023 merupakan anjuran Puncak Ventures SRA dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Acara ini mendapat 3000 penyertaan melibatkan beberapa kategori iaitu 21 kilometer (km), 10km dan 5km.
 
Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Bin Noh, Ahli-Ahli Majlis MBAS dan pegawai-pegawai MBAS.
En. Zainudin Lot, Pengarah Puncak Ventures SRA mensasarkan lebih 5000 penyertaan bagi Acara Alor Setar Half Marathon yang akan diadakan pada tahun yang akan datang iaitu pada 24 Februari 2024.
 
Skip to content