KEJOHANAN SEPAK RAGA TUJU PIALA DATUK BANDAR 2023

11 Mac 2023 (Sabtu) – Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Persatuan Sepak Raga Tandop City telah menganjurkan Kejohanan Sepak Raga Tuju Piala Datuk Bandar 2023 yang telah berlangsung pada jam 8.00 pagi bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman. Kejohanan Sepak Raga Tuju ini telah menerima penyertaan sebanyak 50 pasukan dari serata negeri yang bertanding merebut gelaran juara yang membawa pulang RM 3000.00 wang tunai beserta piala dan medal.
 
Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Ustaz Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Kota Setar bersama YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar. Turut hadir bersama ialah Ahli-Ahli Majlis MBAS serta pegawai-pegawai MBAS.
 
Skip to content