MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR SEBAGAI PENERAJU INISIATIF ALOR SETAR BANDARAYA CASHLESS

19 Februari 2023 – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor telah merasmikan Majlis Pelancaran Kedah Cashless yang bertempat di Hotel Raia, Alor Setar pada pagi tadi.
 
Kedah Cashless merupakan transaksi tanpa tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri untuk jabatan-jabatan kerajaan bagi memudahkan pengguna berurusan secara maya, kiosk atau secara debit/kredit.
 
MBAS menyambut baik usaha kerajaan negeri dengan penggunaan bayaran parkir tanpa tunai melalui aplikasi Flexi Parking yang telah diperkenalkan semenjak Oktober 2021 merangkumi parkir tertutup di Bangunan UTC Kedah dan akan digunapakai di semua parkir terbuka dalam kawasan pentadbiran MBAS. Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh mewakili MBAS menerima surat pelantikan sebagai peneraju inisiatif Alor Setar Bandaraya Cashless.
 
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’Norizan Khazali; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’Isahak Murat; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Datuk Md Shuhaime Abdul Rahman dan Pegawai Daerah Kota Setar, Dato’ Abdullah Hashim.
 
 
Skip to content