MAJLIS PERASMIAN DRIVE THRU RECYCLE CENTRE ALOR SETAR DI PASAR BESAR PEREMBA, ALOR SETAR

20 Februari 2023, Isnin – Majlis Perasmian Drive Thru Recycle Centre (DTRC), Alor Setar telah disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud. Turut hadir, Tuan Nordin bin Amat, Pengarah SWCorp Kedah , Puan Azlina binti Abd Jamil, Penolong Jurutera Bahagian Kerajaan Tempatan dan Encik Zaki Abdul Aziz Daud, Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn Bhd serta tetamu jemputan yang lain.
 
DTRC Alor Setar adalah kemudahan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu pertama dibuka di Alor Setar. Pembukaan DTRC Alor Setar ini bertujuan mengalakkan warga Alor Setar melakukan amalan kitar semula dalam kehidupan harian mereka. DTRC Alor Setar terletak di Pasar Besar Peremba, Alor Setar, Kedah. Turut diadakan demonstrasi cara pengoperasi DTRC Alor Setar.
 
Sempena pelancaran ini turut diadakan demonstrasi penggunaan aplikasi idamanXchange bagi memudahkan pengguna merancang dan menjalankan aktiviti kitar semula. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk menukar barangan kitar semula dengan wang tunai atau menebus mata ganjaran melalui aplikasi bayaran atas talian Boost dan TouchNGo E-Wallet. YBhg. Datuk turut bersama-sama memuat turun aplikasi idamanXchange.
Semoga DTRC Alor Setar ini akan memberi manfaat kepada warga Alor Setar mengadakan aktiviti kitar semula dan mendidik masyarakat untuk menjaga dan memelihara alam sekitar.
 
Skip to content