PROGRAM SOLAT DHUHA DAN MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM

16 Februari 2023 – Puspanita Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Biro Agama & Dakwah dan Biro Pelajaran, Kelab MBAS telah mengadakan Program Solat Dhuha & Bacaan Yassin buat anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bertempat di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah sebentar tadi. Turut diadakan tazkirah sempena Israk & Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik bin Che Haat, Pegawai Tadbir Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah.
 
Program telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar diiringi isteri, Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS. Hadir sama ialah En. Nasrankamil bin Noh, Tuan Setiausaha MBAS, Tn. Haji Md. Nayan Bin Bahari, Yang Dipertua Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar serta semua Ahli Puspanita dan Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
 
Skip to content