16 APRIL 2023 (AHAD)

Majlis Santunan Kasih Ramadan 1444H/2023M Anjuran Majlis Daerah Yan (MDY) ini diadakan pada jam 5.30 petang bertempat di Masjid Al Ubudiyah, Padang Lumat, Yan, Kedah.Majlis ini dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh para tetamu yang hadir dan penerima sumbangan dan kemudiannya diteruskan dengan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Yahaya Bakhir bin Ibnu Hajar, Guru Penolong Kanan, Sekolah Menengah Agama Taufiqiah Khairiah Al Halimiah, Pdg Lumat, Yan, Kedah.

Agenda Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Muhamad Fikri bin Ishak, Imam Masjid Al Ubudiah dan disusuli dengan ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian sumbangan kepada 21 orang penerima yang terdiri daripada para asnaf dan anak yatim dalam Kariah Masjid Al Ubudiah yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan dan isteri, Puan Amila Binti Ahmad selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Sumbangan yang diberikan termasuklah kelengkapan raya (kuih-muih, barangan dapur, baju raya) serta wang tunai.Setelah selesainya sesi penyampaian sumbangan tersebut, program kemudiannya diteruskan dengan bacaan tahlil ringkas dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Fikri bin Ishak, Imam Masjid Al Ubudiyah dan turut disertai oleh dif-dif jemputan, para penerima sumbangan serta komuniti setempat yang turut sama – sama hadir memeriahkan Majlis Iftar (Berbuka Puasa) di Masjid berkenaan.

Turut hadir dalam Majlis ini ialah YB ADUN Sungai Limau, para Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan (Politik dan Ex Officio), Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Amila binti Ahmad], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan [Encik Mohd Akmal Bin Azimi], Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) [Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad], ketua-ketua / wakil pelbagai jabatan dan agensi di Daerah Yan, para Penghulu Mukim Daerah Yan, Ahli-ahli Jawatankuasa dan para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan selaku urus setia bersama Majlis tersebut, wakil Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat SUK Kedah serta komuniti setempat.

Semoga sumbangan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat membantu para penerima sumbangan berkenaan serta keluarga masing-masing dalam menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan 1444H / 2023M ini dan membuat persiapan serta persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023M yang bakal tiba tidak lama lagi.Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat SUK Kedah, para Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Al Ubudiah serta semua yang terlibat yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program yang sangat bermakna, khususnya di bulan Ramadan yang mulia ini.

Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Skip to content