ZIRAH RAMADAN 2023

Yang Dipertua, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK., diiringi oleh Encik Ashri bin Omar, Ketua Bahagian Pentadbiran manakala Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK., Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani yang diiringi oleh Cik Natasya binti Ismail, Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta telah turun padang menziarahi dan menyantuni warga kerja MPSPK dan juga ahli keluarga mereka yang sakit.

Sumbangan juga diberikan kepada mereka bagi meringankan beban supaya mereka dapat meraikan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Sama-sama kita doakan agar diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan mereka.

Skip to content