MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR LANCAR MBAS TV DAN PENGGUNAAN APLIKASI PARKIR TANPA TUNAI "FLEXI PARKING"

20 Mac 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah melancarkan MBAS TV dan Penggunaan Aplikasi Parkir Tanpa Tunai (Flexi Parking) di Majlis Malam Mesra Media yang telah diadakan di Kolam Renang, MBAS. Acara perasmian MBAS TV dan Aplikasi Flexi Parking tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Bin Othman, dan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Wan Romani bin Wan Salin, serta Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud.
 
Hadir sama Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar, En. Nasrankamil Bin Noh, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah, Pn. Ouw Yeang Khang Ting, Presiden Kelab Media Elit Kedah, En. Adie Suri bin Zulkifli, Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pegawai-Pegawai MBAS dan seluruh rakan-rakan Media yang diraikan.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar kini selangkah lebih ke hadapan dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam bidang penyampaian maklumat & informasi apabila melancarkan MBAS TV. Kewujudan MBAS TV ini juga meletakkan Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai salah sebuah agensi kerajaan tempatan terawal di utara tanah air selain Majlis Bandaraya Ipoh, Perak yang mempunyai platform khas medium penyampaian maklumat. MBAS TV merupakan aspirasi Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, selain menjadi salah satu visi ‘Quick Wins Strategy’ MBAS yang ingin lebih mendekatkan warga Alor Setar dengan PBT tersebut.
 
Seiring dengan agenda kerajaan negeri Kedah iaitu ‘Kedah Cashless’, Majlis Bandaraya Alor Setar telah melancarkan secara rasmi penggunaan aplikasi parkir tanpa tunai iaitu ‘Flexi Parking’ mulai 02 April 2023. Pelaksanaan ‘Flexi Parking’ telah melalui proses percubaan selama setahun di Bangunan UTC Kedah dan akan diperluaskan penggunaannya ke kawasan parkir terbuka dalam tempoh terdekat. Warga Alor Setar & pengunjung bandaraya itu juga kini boleh menggunakan aplikasi tersebut bagi tujuan pembayaran kompaun parkir.
 
 
Skip to content