PROGRAM KEJIRANAN HIJAU KEBUN KOMUNITI TAMAN MUTIARA JALAN SULTANAH ALOR SETAR

18 Mac 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama SWCorp serta Jawatankuasa Penduduk Taman Mutiara telah menganjurkan Program Kejiranan Hijau Kebun Komuniti Taman Mutiara pada jam 8.00 pagi bertempat di Tapak Kebun Komuniti, Taman Mutiara, Alor Setar. Taklimat mengenai Proses Penyediaan Baja Kompos “Do It Yourself” telah disampaikan oleh pihak SWCorp. Selain itu, pihak E-Idaman juga turut menyediakan perkhidmatan “Trash To Cash” di program tersebut.
 
Acara perasmian kebun komuniti berkenaan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar. Hadir sama Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pegawai-Pegawai MBAS serta Komuniti Penduduk Taman Mutiara.
 
 
Skip to content