Ceramah Perdana Ihya Ramadan Wa Ihya Syawal "Ramadan Anugerah Terindah"

06 April 2023 – Sorotan Foto Ceramah Perdana Ihya Ramadan Wa Ihya Syawal “Ramadan Anugerah Terindah” Oleh Penceramah Dato’ Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias yang telah berlangsung pada jam 9.30 pagi di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS.
Ceramah Perdana ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar diiringi isteri, Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS. Hadir sama ialah En. Nasrankamil bin Noh, Tuan Setiausaha MBAS, Ahli-Ahli Majlis MBAS serta semua pegawai Majlis Bandaraya Alor Setar dan orang awam.
 
 
Skip to content