IFTAR (POTLUCK) @MEDAN BANDAR, MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

11 April 2023 (Selasa) – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menganjurkan Program Iftar bersama orang ramai yang berkonsepkan Potluck bagi tujuan mengeratkan silaturahim bersama orang ramai bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar, Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS, En. Nasrankamil bin Noh, Tuan Setiausaha MBAS serta Ahli-Ahli Majlis MBAS sempat beramah mesra dan mengedarkan sumbangan makanan untuk juadah berbuka puasa kepada orang ramai.
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah memberikan tajaan infaq bersama untuk juadah berbuka puasa di program iftar tersebut :
 
1. Puspanita MBAS
2. Nasi Kandar Haji Ramli
3. Nasi Lemak Royale
4. Nasi Kandar Wira (Hieshani)
5. Popia Muhammad
6. Mat Cucur Udang
7. Usima Sdn. Bhd.
8. Chef Faez
 
 
Skip to content