PROGRAM BUBUR LAMBUK @DATARAN MEDAN BANDAR, ALOR SETAR
03 April 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Yayasan Islam Negeri Kedah serta Biro Agama Dan Dakwah, Kelab MBAS menganjurkan Program Bubur Lambuk @Dataran Medan Bandar di bulan Ramadan ini. Lebih 400 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Negeri Kedah, Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad turut bersama-sama dengan kakitangan MBAS dan juga Yayasan Islam Negeri Kedah bersama-sama menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai.
Program agihan bubur lambuk ini seterusnya akan diadakan pada pada 10 & 17 April 2023 bersamaan 19 & 26 Ramadan 1444H juga bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'