PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENDALI MAKANAN BAZAR RAMADAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

09 April 2023 – Bahagian Kawalan Penyakit Dan Promosi Kesihatan, MBAS telah menjalankan program pendidikan kesihatan kepada semua pengendali makanan di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman. Hasil dari pemantauan, beberapa teguran telah dibuat meliputi aspek kebersihan gerai, pemakaian apron, penjagaan kuku, tidak memakai selipar serta menutup makanan supaya tidak dicemari lalat. Pihak MBAS juga turut mengedarkan risalah “penyediaan makanan yang selamat” kepada semua peniaga bazar ramadan tersebut.
 
Pendidikan kesihatan ini akan diberikan kepada semua pengendali makanan Bazar Ramadan di bawah pentadbiran MBAS.
Kebersihan pengendali makanan amat penting untuk dijaga bagi mengelakkan pencemaran makanan berlaku sekaligus mengundang keracunan makanan.
 
 
Skip to content