KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUTHARGA TAJUK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
1. 07/2023
(LR)
Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Secara Komprehensif di Ujana Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman Untuk Tempoh Satu (1) Tahun 2023 – 2024

Kementerian Kewangan Malaysia

221001 dan 221002

Pendaftaran dan taklimat pada jam 9.00 pagi bertempat di Tapak Semaian, Jalan Pegawai

2. 08/2023
(LR)
Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap di Kawasan Jalan-Jalan Utama dan Taman Jubli Perak Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani Tahun 2023

Kementerian Kewangan Malaysia

221002

Pendaftaran dan taklimat pada jam 9.00 pagi bertempat di Tapak Semaian, Jalan Pegawai

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 09 Mei 2023 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal dikehendaki membawa cop syarikat, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK. Wakil tidak dibenarkan.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 16 Mei 2023, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran serta nombor sebut harga dan di hantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 03 Mei 2023

Skip to content