08 MEI 2022 (ISNIN)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐈𝐊𝐏𝐔𝐋𝐈𝐇 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 (𝐏𝐏𝐊𝐁) 𝐊𝐏𝐊𝐓

Majlis Penyerahan Inden – Inden Kerja bagi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Daerah Yan ini telah diadakan pada jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan yang disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan.

Majlis dimulakan dengan aluan pengacara majlis dan disusuli dengan ucapan ringkas oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi penyerahan inden – inden kerja tersebut oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan kepada 10 orang kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan kerja – kerja tersebut yang melibatkan 10 buah projek membaikpulih rumah di bawah seliaan Majlis Daerah Yan dengan nilai keseluruhan projek berjumlah RM 150,000.00.

Majlis ringkas ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan, para Penolong Jurutera Majlis Daerah Yan, para Penghulu Mukim serta urus setia dari Jabatan Kejuruteraan, Majlis Daerah Yan.

Tahniah diucapkan kepada kontraktor – kontraktor yang telah dilantik dan semoga semua projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan lancar serta disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan memenuhi semua spesifikasi kerja yang ditetapkan.

Skip to content