8 MEI 2023 (ISNIN)

Mesyuarat Penyelarasan Program Pembersihan dan Pengindahan Pantai Murni Waterfront & Restorasi Karang Pulau Songsong ini diadakan secara hibrid pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK, BCK.

Program ini yang dijangka diadakan pada 18 Mei 2023 (Khamis) bertujuan memupuk kesedaran kepentingan memelihara alam sekitar selaras dengan Local Agenda 21 (LA 21).Selain itu, program ini merupakan salah satu inisiatif bersama untuk meningkatkan kualiti habitat spesis karang dan pertumbuhan karang baru, khususnya di perairan Daerah Yan.

Ia dijangka mampu meningkatkan peluang ekonomi komuniti setempat dan juga meningkatkan hasil jabatan / agensi berkaitan dalam tempoh jangka panjang .Program yang dirancang diadakan pada 18 Mei 2023 (Khamis) ini akan dimulakan dengan ucapan aluan dari Tuan Pegawai Daerah Yan merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Yan (MDY) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan disertai oleh beberapa jabatan / agensi berkaitan yang akan melibatkan anggaran seramai 150 orang peserta. Peserta – peserta program ini akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu seramai 100 orang akan terlibat dalam Pembersihan dan Pengindahan Pantai Murni Waterfront manakala seramai 50 orang lagi peserta akan terlibat dalam Restorasi Karang di Pulau Songsong, Yan, Kedah.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, wakil Ketua Polis Daerah Yan, wakil Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah, wakil Pengarah Jabatan Laut, wakil Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Yan, Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil Pegawai Penerangan Daerah Yan, Penghulu Mukim Yan, Ahli – Ahli Majlis Daerah Yan, wakil Pengurus Giat MARA Jerai, wakil Pegawai RELA Daerah Yan, wakil Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Yan (AADK), Pengerusi dan Setiausaha Koperasi Kuala Sungai Udang, Pengerusi Persatuan Jurupandu Jerai Geopark (JAGA), Ketua – Ketua jabatan Majlis Daerah Yan dan urus setia dari Jabatan Pembangunan Masyarakat MDY.

Skip to content