MAJLIS PENYERAHAN GERAN TANAH DAERAH KUALA MUDA

Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Geran Tanah Daerah Kuala Muda oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah Peringkat Daerah Kuala Muda Bagi Tahun 2023 anjuran Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Alor Setar yang diketuai oleh Datuk Md Shuhaime bin Abd Rahman, PJN., AMK., BCK., ASK, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah pada :-

Tarikh : 14 Mei 2023 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Bankuet Aras 6, Menara MPSPK

Turut hadir di majlis tersebut, Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK dan Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani serta pengarah-pengarah dan ketua-ketua bahagian dalaman MPSPK.

Seramai 188 orang penerima geran hadir pada majlis tersebut.

Skip to content