16 MEI 2023 (SELASA)

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐎𝐍𝐄𝐋, 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑, 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Mesyuarat – mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bermula jam 10.00 pagi secara hibrid bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY Bilangan 4 Tahun 2023 yang diadakan pada 11 April 2023 lalu.

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan laporan maklum balas perkara berbangkit dari minit – minit Mesyuarat – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap tersebut, pembentangan dan pertimbangan perkara – perkara baharu melibatkan beberapa kertas kerja dan laporan bulanan oleh setiap jabatan / unit MDY bagi bulan April 2023.

Agenda Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan hal – hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Tuan YDP Pengerusi.Turut hadir dalam mesyuarat – mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit dan para urus setia Majlis Daerah Yan.

Skip to content