DATUK BANDAR ALOR SETAR MERASMIKAN PROGRAM JUALAN SYAWAL MADANI KEDAH 2023 (DAERAH KOTA SETAR / KUBANG PASU)

19 April 2023 – Program Jualan Syawal Madani bagi Daerah Kota Setar anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang berlangsung pada jam 9.30 pagi bertempat di Pasar Tani Taman Wira Mergong. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud.
 
Pelbagai aktviti diadakan di sepanjang program ini berlangsung antaranya edaran ketupat dan rendang kepada pengunjung, sumbangan “Zakat Madani” berupa barangan keperluan wang tunai yang diberikan kepada golongan asnaf tajaan Usahawan FAMA, cabutan bertuah, pemberian timun dan bendi sempena kempen lebihkan makan sayur-sayuran dan jualan pelbagai biskut raya, ketupat, lemang, daun palas serta barangan/aksesori hiasan raya.
 
Timbalan Pengarah FAMA Negeri Kedah Bahagian Operasi, En. Mohamad Adib Bin Yusoff berkata Program Jualan Syawal Madani diadakan di 9 lokasi di seluruh Negeri Kedah melibatkan Pasar Tani, Pasar Tani Kekal dan outlet peruncitan FAMA.
 
Program ini juga merupakan platform niaga yang menyediakan serta menawarkan keperluan barangan dapur segar pada harga berpatutan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
 
Skip to content