LAWATAN KERJA MENTERI PERPADUAN KE KEBUNITI MADANI TAMAN MUTIARA/ TAMAN KOPERASI ALOR SETAR KEDAH

09 Mei 2023 – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud mengiringi Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang dalam Lawatan Kerja Ke Kebun Komuniti Madani Taman Mutiara/Taman Koperasi, Alor Setar, Kedah. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YB Dr. Kang Tong Hum, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Yang Berbahagia Dato’ Hajah Norison Binti Ramli serta Pengarah-Pengarah jabatan terlibat dan wakil-wakil Komuniti Rukun Tetangga Taman Mutiara/ Taman Koperasi.
 
Kebuniti Madani KRT Taman Mutiara/Taman Koperasi merupakan salah sebuah projek pertanian bandar dalam daerah Kota Setar yang diusahakan secara berkelompok oleh komuniti dalam kawasan Rukun Tetangga Taman Mutiara/Taman Koperasi. Ia bertujuan bagi mempergiatkan usaha untuk membantu meningkatkan pengeluaran domestik dalam aspek agromakanan, membantu meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos sara hidup komuniti, meningkatkan hubungan kejiranan dan perpaduan dalam serta mewujudkan kawasan taman yang bersih, indah dan nyaman. Kebuniti Madani KRT Taman Mutiara/Taman Koperasi mendapat kerjasama dan sokongan yang baik daripada pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) apabila diangkat menjadi kebun angkat MBAS. Kebuniti Madani KRT ini juga merupakan program Gerak Kerja KRT Sejahtera dan Gerak Kerja KRT Bersih dan indah di bawah agenda kerja Komuniti Rukun Tetangga.
 
Acara penanaman pokok telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YB Dr. Kang Tong Hum serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Yang Berbahagia Dato’ Hajah Norison Binti Ramli.
 
Skip to content