LAWATAN KERJA RASMI DELEGASI HATYAI CITY MUNICIPALITY KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

16 Mei 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Hatyai City Municipality yang diketuai oleh En. Sumrit Boonrat, Timbalan Datuk Bandar Hatyai City Municipality. YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar menyambut baik lawatan delegasi berkenaan serta turut mempengerusikan perbincangan bersama Delegasi Hatyai City Municipality. Lawatan ini bertujuan untuk kerjasama strategik dan perbincangan dua hala antara wakil pihak berkuasa tempatan dari kedua-dua negara. Selain itu, perbincangan berkaitan “Wellness Tourism and Strategy to Reduce Cost of Goods Border by Logistic” turut diadakan bersama beberapa syarikat logistik.
 
Pihak MBAS sempat membawa Delegasi Hatyai City Municipality ke beberapa tempat-tempat pelancongan menarik di Bandaraya Alor Setar. Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Delegasi Hatyai City Municipality di atas lawatan ini dan diharapkan hubungan antarabangsa strategik antara kedua-dua PBT ini akan lebih kukuh di masa hadapan.
 
Skip to content