MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM 2023

17 April 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Sejumlah 100 orang anak-anak yatim dari sekitar Bandaraya Alor Setar telah terpilih melalui zon ahli-ahli majlis untuk menerima sumbangan.
 
Acara penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar, Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS, Encik Zaki Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman, Tn. Hj Zambri Bin Mat, Ahli Majlis MBAS serta beberapa wakil dari pihak penaja.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak penaja yang turut bersama-sama memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim di majlis berkenaan.
 
1. E-Idaman Sdn. Bhd.
2. Jakel Alor Setar
3. Wetra Food Industri
4. Zaharah Optometris
5. Motif Parfume
6. Bintong Express & Holidays
7. Puspanita MBAS
8. Elyss Group Holding
 
Skip to content