PROGRAM LIBAT URUS MBAS ZON 17 SENA BERSAMA KOMUNITI POKOK SENA

20 Mei 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui inisiatif Jawatankuasa Kawasan Zon 17-Sena dengan kerjasama Jawatankuasa Khariah Masjid An-Nur, Pokok sena telah menganjurkan Program Libat Urus MBAS Zon 17-Sena Bersama Komuniti Pokok Sena bertempat di perkarangan Masjid An-Nur, Taman Bandar Baru, Pokok Sena. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Ariffin Bin Man, Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 17-Sena.
 
Sesi taklimat yang bertajuk “Peranan MBAS dalam Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Kepada Komuniti” telah disampaikan oleh Tuan Haji Md. Nayan bin Bahari, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS.
 
Dalam sesi temubual bersama YBhg. Dato’ Haji Ariffin Bin Man, beliau mengharapkan dari sesi penerangan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Md. Nayan bin Bahari, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, masyarakat dapat memahami peranan dan tanggungjawab MBAS kepada penduduk di kawasan Bandaraya Alor Setar. Beliau juga berharap masyarakat terus berdisiplin dalam urusan pembayaran cukai pintu demi pembangunan Bandaraya Alor Setar ke arah Bandaraya yang Berdayahuni.
 
Skip to content