SERAMAI 66 KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

18 Mei 2022 – Seramai 66 kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2022 di Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri MBAS 2023 yang telah diadakan di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7 Menara MBAS. Acara penyampaian sijil pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBAS telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar.
 
Dalam sesi temuramah bersama YBhg Datuk Bandar Alor Setar, beliau mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2022. Ia merupakan satu pencapaian yang baik dan ianya akan menjadi contoh dan suntikan semangat kepada semua kakitangan MBAS untuk lebih komited bagi memastikan MBAS terus maju dalam menceriakan Bandaraya Alor Setar. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua urusetia terlibat yang telah menjayakan program ini dan yakin bahawa dengan adanya Majlis ini dapat mengukuhkan lagi silaturahim sesama kakitangan MBAS.
 
Hadir sama di majlis tersebut ialah En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS, Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS, Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian dan seluruh kakitangan MBAS serta keluarga.
 
Skip to content