KUKLIM 20.05.23 – Program Gotong-royong dan Tanaman Pokok Teduhan di Taman Angsana (Zon 9) di bawah Program Local Agenda (LA 21) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

OBJEKTIF PROGRAM
i. Memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar, serta melahirkan sikap keprihatinan antara satu sama lain.
ii. Melahirkan minat terhadap penanaman pokok dan pengindahan landskap dalam kalangan masyarakat.
iii. Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga alam sekitar.
iv. Mewujudkan sikap bekerjasama dalam kalangan masyarakat.
v. Mengalakkan penglibatan diri secara aktif dalam meningkatkan kualiti alam sekitar.
vi. Memberi manfaat kejiranan hijau dan sihat kepada komuniti setempat.

Program disertai oleh pelbagai agensi dan jabatan antaranya Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Kedah, MBAS, MPSPK, PBT Hitech Kulim, Pejabat Kesihatan Daerah Kulim, IPD Kulim, Polis PGA Kulim, JKR Kulim, Pejabat Pertanian Daerah Kulim, JUPEM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Zakat Daerah Kulim, Jabatan Imigresen Malaysia Kulim, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kulim / Bandar Baharu, Persatuan Penduduk Zon 9, Jawatankusa Masjid Tmn Angsana, Persatuan Penduduk Tmn Seroja & Dahlia, E-Idaman, TNB Kulim dan Politeknik Kulim.

Skip to content