KULIM 14.5.2023 – Kunjungan hormat Encik Ahmad Rizwan Hassan Bin Basroh, Pengurus Pejabat Perkeso KULIM ke atas Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim. Perkongsian kerjasama bersama rakan strategik bagi memastikan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dipertingkatkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja.

Dalam pertemuan ini juga, Tuan Yang Dipertua menyerahkan dokumen untuk caruman PERKESO bagi Pekerja Sambilan Harian yang sedang berkhidmat bersama pihak MPKK.Kita tidak boleh meramal musibah. Malang itu tidak berbau. Sediakanlah payung sebelum hujan.

PERKESO telah melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 mulai 1 Jun 2017 bertujuan memberi perlindungan sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau musibah sebagai ‘replacement of income’ atau penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri (OBBS) seperti kemalangan atau penyakit pekerjaan yang berlaku sewaktu atau diakibatkan oleh aktiviti pekerjaan mereka. Hubungi Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk maklumat lanjut.

Skip to content