KUNJUNGAN MESRA PERLAWANAN PERSAHABATAN SUKAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH

Telah berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah pada 27 dan 28 Mei 2023. Seramai 50 orang kakitangan daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah hadir untuk pelawanan persahabatan yang melibatkan sukan golf, futsal, bola jaring dan badminton.

Hadir pada majlis penutupan tersebut ialah Yang Dipertua, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian dalaman MPSPK. Majlis penutupan tersebut juga diserikan dengan pemberian cenderahari daripada Presiden CUEPACS, Dato’ Haji Adnan bin Mat dan Pengerusi KESUKEM, Encik Ariffin bin Hamzah yang telah disampaikan kepada wakil Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Encik Muhammad Syafiq bin Idrus.

Ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor kerana sudi hadir ke Sungai Petani dan semoga berjumpa lagi di masa akan datang.

Skip to content