JOM TEMUI KAMI DI HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI KEDAH TAHUN 2023

1 Jun 2023 – Jom temui kami di Booth no. 36 (MBAS) di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah (HPPNK) Tahun 2023 yang bermula hari ini bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman. Anda boleh mendapatkan sebarang informasi serta perkhidmatan pendaftaran berkaitan E-Bil Cukai Taksiran MBAS serta Aplikasi Parkir Tanpa Tunai (Flexi Parking).
 
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah (HPPNK) Tahun 2023 bermula hari ini hingga 5 Jun 2023. Majlis HPPNK 2023 ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman pada petang tadi. Bagi pihak MBAS, En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS turut hadir ke majlis perasmian tersebut.
 
Ayuh datang beramai-ramai ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah (HPPNK) Tahun 2023. Pelbagai pengisian dan acara menarik menanti anda. Selain itu, pelbagai juga pameran-pameran agro pertanian, haiwan ternakan, produk perikanan dan pesta makanan popular di sepanjang HPPNK berlangsung.
 
Skip to content