Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Kawalan Penyakit Dan Promosi Kesihatan, MBAS sedang menjalankan Kajian Indeks Dan Kawalan Tikus di semua Pasar Awam dan Medan Selera milik MBAS.
Kajian Indeks Dan Kawalan Tikus ini bertujuan :
– Memastikan Garis Panduan Kawalan Tikus dilaksanakan menyeluruh dan berfokus.
– Mendapatkan status indeks tikus di premis keutamaan milik PBT.
– Mengurangkan risiko penyakit dan impak kesihatan di premis keutamaan PBT.
Sehubungan itu, dipohon para peniaga memberikan kerjasama agar tidak mengambil atau mengalihkan perangkap yang telah dipasang oleh pihak MBAS.