LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

31 Mei 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menerima kunjungan mesra dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang diketuai oleh Ir. Mazlifah binti Isa, Timbalan Pengarah Kejuruteraan, MBJB. Lawatan kerja seramai 60 orang kakitangan MBJB disambut mesra oleh Tuan Haji Md. Nayan bin Bahari, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS serta kakitangan yang bertempat di Dewan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS. Satu sesi taklimat dari pihak MBAS telah diberikan oleh Tuan Haji Zaharin Bin Abd Rahman, Ketua Bahagian Jalan, Lalulintas dan Perparitan, MBAS.
 
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai penyelenggaraan jalan, sistem pengurusan aduan, proses permohonan permit, penguatkuasaan korekan tanpa permit oleh agensi utiliti serta pengurusan dan fungsi bengkel-bengkel kejuruteraan di bawah pentadbiran MBAS.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
 
Skip to content