LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE TAPAK PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU (DRIVE THRU RECYCLE CENTRE) ALOR SETAR

29 Mei 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima lawatan Majlis Perbandaran Manjung yang diketuai oleh Pegawai Persekitaran Kesihatan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Encik Mohd Afiq Bin Ahamad bersama 14 kakitangan dari Unit Kesihatan dan Persekitaran, MPM. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam pelaksanaan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (Drive Thru Recycle Centre) di Majlis Perbandaran Manjung.
 
Sesi taklimat bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Tingkat 8 telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Dan Persekitaran MBAS, Encik Mohd Khairuddin Bin Idris. Seterusnya pihak MPM telah dibawa ke Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (Drive Thru Recycle Centre) yang bertempat di Peremba, Alor Setar. Turut sama menyertai sesi lawatan tapak tersebut ialah Ketua Jabatan Pengurusan Kelestarian dan Projek EISB, Encik Afzaruddin Bin Anuar , Pengurus Cawangan Unit Perkhidmatan Alor Setar, Encik Shazwan bin Shahbudin serta pegawai-pegawai dari MBAS dan EISB.
 
Skip to content