LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI IBU PEJABAT SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA KE PUSAT PENAMAAN CALON DAN PUSAT PENJUMLAHAN RASMI UNDI BAGI MAKSUD PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN KE-15.

23 Mei 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar merangkap Pegawai Pengurus Dun Suka Menanti bersama Tuan Haji Md. Nayan bin Bahari, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS merangkap Pegawai Pengurus Dun Alor Mengkudu berbesar hati menyambut Lawatan Pengurusan Tertinggi Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ke Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) N.12 Suka Menanti, N.13 Kota Darul Aman dan N.14 Alor Mengkudu bagi maksud Pilihanraya Umum (PRU) Negeri Kedah.
 
Delegasi ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Indera Ikmalrudin Bin Ishak, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sambil diiringi Encik Abang Irzarruddin Bin Abang Alias, Timbalan Setiausaha Operasi Suruhanjaya Pilihan Raya.
 
Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah akan menjadi Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Dewan Maktab Mahmud Alor Setar menjadi Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) bagi Dun Suka Menanti, Dun Kota Darul Aman dan Dun Alor Mengkudu untuk penugasan sewaktu Pilihan Raya Negeri Kedah yang akan datang.
 
Skip to content