MINI MARINA CRUISE ALOR SETAR KINI BERWAJAH BARU

23 Mei 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar diiringi isteri, Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar telah merasmikan Restoran Mini Marina Cruise yang bertempat di Mini Marina Tongkangyard, Alor Setar. Hadir sama beberapa Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Pengarah dan Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan terlibat.
 
Ketika ucapan perasmian restoran berkenaan, YBhg. Datuk Bandar berkata dengan kembalinya Mini Marina Cruise yang berwajah baru ini, beliau berharap ia akan kembali meriah dan menjadi satu tarikan orang ramai untuk datang ke sini.
 
Restoran Mini Marina Cruise ini adalah berkonsepkan “Western And Local Cuisine” dan beroperasi secara rasmi pada 24 Mei 2023 (Rabu) mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
Ikuti halaman rasmi “Facebook” Restoran Mini Marina Cruise : Mini Marina Cruise
Skip to content