TIADA LAGI PENGHANTARAN BIL FIZIKAL CUKAI TAKSIRAN MBAS MULAI JULAI 2023
Mulai Julai 2023 tiada lagi penghantaran Bil Fizikal Cukai Taksiran MBAS Kepada Pemilik Harta. Kini anda boleh mendapatkan Bil Cukai Taksiran secara digital melalui :
1. APLIKASI E-BIL MBAS
Imbas dan Daftar Kod QR di bawah serta membuat pendaftaran di aplikasi e-Bil MBAS. Bil-Bil akan dihantar secara atas talian melalui E-Mel dan Aplikasi “Whatsapp”.
2. PBTPay
Anda juga boleh membuat semakan dan pembayaran Bil Cukai Taksiran MBAS di PBTPay menerusi pautan berikut :
Untuk senarai bayaran Cukai Taksiran secara atas talian & Khidmat Agen sila layari pautan berikut :
PERINGATAN :
Tarikh akhir bayaran Cukai Taksiran Penggal Kedua (01 Julai – 31 Ogos) adalah pada 31 Ogos 2023.
“Bayar Awal, Elakkan Daripada Dikenakan Caj Notis E”
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hasil MBAS di talian 04-7331226

- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'