13 JUN 2023 (SELASA)

Majlis Penyerahan Projek Penutupan Selamat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Kampung Tok Kaw yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), KPKT kepada pihak Majlis Daerah Yan telah diadakan pada 13 Jun 2023 jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Pihak MDY sebelum ini telah memohon kepada pihak JPSPN untuk membuat penutupan selamat kerana tapak pelupusan ini telah ditutup pada tahun 2008. Projek ini telah siap dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak JPSPN bermula pada 13 Oktober 2021 Dan siap pada 7 Disember 2022 lalu dan tapak tersebut telah diserah semula kepada MDY.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Noreha binti Muslim K.M.N, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Dan Pelesenan), JPSPN dan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah AMK.,BCK.Sesi lawatan tapak dan penyerahan kunci turut diadakan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal tersebut pada jam 12.00 tengah hari dan turut dihadiri oleh para Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan dan Penghulu Mukim Sala Besar.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal) JPSPN, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek JPSPN, Tuan Setiausaha MDY, Encik Mohd Akmal bin Azimi, Ahli – Ahli Majlis MDY, Pegawai-pegawai JPSPN, Penghulu Mukim Sala, pihak perunding, pihak kontraktor dan Ketua – ketua Jabatan MDY serta urus setia dari Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDY.

Skip to content