PEMAKLUMAN
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-81, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) mengadakan Pameran Aset Ketenteraan Rejimen Askar Melayu Diraja pada 17 Jun 2023 (Sabtu), jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Medan Bandar. Jangan lepaskan peluang dan datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan pameran tersebut.