#ACARAtalk DIALOG BERSAMA DATUK BANDAR ALOR SETAR

14 Jun 2023 – Satu sesi dialog bersama Datuk Bandar yang bertajuk “Make Alor Setar Great Again” telah diadakan bertempat di ACARA, Pekan Buah, Alor Setar. YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah hadir sebagai panel jemputan ke sesi dialog tersebut. Hadir sama Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, isteri Datuk Bandar, En. Bohari bin Md Yusoff, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dan Strategik serta beberapa pegawai MBAS.
 
Dialog yang bertajuk “Make Alor Setar Great Again” telah membincangkan beberapa perkara antaranya hala tuju Bandaraya Alor Setar, inisiatif MBAS terhadap pembangunan anak-anak muda di Alor Setar serta usaha-usaha MBAS dalam menyelaraskan visi dan misi MBAS iaitu ke arah mencapai Bandaraya Berdayahuni 2035. Selain itu, pelbagai cadangan dan idea telah dikemukakan oleh para penonton yang hadir di sesi dialog tersebut.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ACARA kerana sudi menjemput pihak MBAS ke sesi dialog berkenaan.
 
Skip to content