LENSA MBAS EPISOD 3 - GUNUNG KERIANG ALOR SETAR

Majlis Bandaraya Alor Setar memperkenalkan Segmen “Lensa MBAS” untuk berkongsi keindahan Bandaraya Alor Setar dan mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada dalam Bandaraya Alor Setar. Untuk episod ketiga ini MBAS telah pergi ke Gunung Keriang Alor Setar untuk melihat tempat-tempat menarik di puncak Gunung Keriang.
 
Gunung Keriang merupakan sebuah gunung batu kapur purba sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun lalu). Terletak di Mukim Gunung dan dikelilingi hamparan sawah padi serta merupakan bukit tertinggi di Daerah Kota Setar dengan ketinggian 217.92 meter dari aras laut. Gunung Keriang ini terdiri dari jujukan lapisan batu kapur yang dipanggil Formasi Chuping atau Formasi Kodiang. Terdapat sekurang-kurangnya 10 jenis batuan berlainan di Gunung Keriang ini. Kepelbagaian jenis batuan yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi yang sangat bernilai dan unik untuk dikaji dan dipelihara.
 
Jom tonton video penuh Lensa MBAS Episod 3 di Gunung Keriang Alor Setar melalui youtube rasmi MBAS menerusi link di bawah :-
 
Skip to content