15 JUN 2023 (KHAMIS)

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bilangan 6 Tahun 2023 ini dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Masjid Al Wustho, Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Agenda Mesyuarat Majlis Penuh ini dimulakan dengan aluan Tuan Yang Dipertua Pengerusi dan disusuli dengan Agenda Mengesah dan Meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 5 Tahun 2023 bertarikh 24 Mei 2023 lalu serta laporan maklum balas perkara – perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut.Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan menerima ketetapan Minit – Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa OSC MDY Bilangan 6 Tahun 2023 bertarikh 11 Jun 2023 lalu.

Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas-kertas makluman dan kerja serta pelaporan untuk pertimbangan Majlis, antaranya ialah :a. Kertas Kerja Draf Akhir dan Program Publisiti serta Penyertaan Awam Bagi Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) oleh wakil Pejabat Projek Zon Utara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah dan Perunding ANZ Planners;b.

Kerta Kerja Kelulusan Perjanjian Contract For Service Kakitangan Majlis Daerah Yan oleh Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan MDY, danc. Kertas Kerja Cadangan Penetapan Kadar Sewa Bangunan Seri Helang 2, Mukim Singkir, Yan oleh Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDY.Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua Ahli Majlis (Politik dan ex Officio), Majlis Daerah Yan di atas segala sumbangan, jasa dan komitmen yang telah diberikan sepanjang dilantik menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan .

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha, Ahli-ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit MDY dan urus setia mesyuarat yang terlibat.Tuan YDP Pengerusi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir di atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Skip to content