Sabtu, 17 Jun 2023 – Majlis Perbandaran Kulim telah mengadakan Program Membangunkan Kebun Komuniti Bandar Secara Kaedah Fertigasi bertempat di Taman Lembah Impiana, Kulim (Zon 9) di bawah Program Local Agenda 21 (LA21) MPKK.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Tuan Haji Zaidi bin Zainun, Ahli Majlis MPKK Puan Hayati binti Ahmad (ZON 9), Encik Norazam bin Kassim (ZON 3), Mohd Syahrulrizal bin Mad Zainol (Wakil penduduk Taman Lembah Impiana). Program disertai oleh pelbagai agensi dan jabatan antaranya Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Pertanian Daerah Kulim, Environment Idaman Sdn Bhd, SADA, JKR, Pejabat Agama, JPJ, Batalion 13, PBT Hi-Tech, IPD, Komuniti Penduduk Zon 9 Majlis Perbandaran Kulim, Pengerusi Kebun Komuniti Taman Serai Setia, Taman Sejahtera, Taman Beringin, Taman Bersatu 3, Taman Mahsuri dan Taman Sri Pinang.

Kebun Komuniti ini bertujuan untuk membina hubungan yang rapat antara warga komuniti dan Majlis Perbandaran Kulim. Dengan aktiviti ini ia dapat meningkatkan interaksi di antara penduduk di dalam komuniti dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Selain itu juga ia membolehkan penduduk mendapat hasil tani yang lebih sihat dan segar.

klik untuk gambar sekitar program

Skip to content