Kulim, 11 Jun 2023 – Majlis Perbandaran Kulim telah menganjurkan Kempen Melestarikan Sungai Dalam Komuniti “Save The River For Future Living” di bawah Program Local Agenda 21 (LA21) bertempat di Sungai Sedim, Kulim.

Program dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua MPKK, Dr. Haji Nadzman bin Mustaffa dengan ucapannya menyeru agar orang ramai terus menjaga dan menghargai khazanah sumber air. Beliau juga meminta semua pengusaha industri pelancongan di Sedim agar menitik beratkan perkara berkaitan keselamatan pengunjung serta kebersihan kawasan sungai seterusnya menaikkan lagi imej eko pelancongan di daerah Kulim.

Hadir bersama Tuan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Kulim/Bandar Baharu, IR Mohamad Adhar bin Yahya, Puan Zaiton binti Ahmad Zainun mewakili Bahagian Kerajaan Tempatan (SUK Kedah), Encik Abdul Mutalib bin Che Sa Pengerusi Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad, serta Ahli-ahli Majlis MPKK Encik Nor Wahiddin bin Mohmad, Zon 04 dan Encik Abdullah bin Che Ya, Zon 05.

Kempen yang disertai pelbagai jabatan dan agensi ini berjaya memenuhi sasaran dan objektif program untuk memupuk serta memberi kesedaran umum dan keprihatinan terhadap sungai kita. Selain program pendidikan dan kesedaran yang berterusan, kempen ini juga melibatkan program pembersihan sungai dan pengindahan sungai.

Pelbagai pihak yang terlibat di dalam program ini antaranya Warga Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja, Jabatan Pengairan dan Saliran Kulim, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , SWCorp, E-Idaman, Persatuan Penduduk Kampung Lindungan Raja, Koperasi Homestay Sedim serta agensi-agensi yang lain yang turut serta dalam kempen ini.

klik untuk gambar sekitar program

Skip to content