LAWATAN TAPAK AHLI-AHLI MAJLIS MBAS DAN JAWATANKUASA MESYUARAT PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KESEJAHTERAAN BANDAR KE PROJEK MENAIKTARAF LRA PELUBANG

22 Jun 2023 – Satu sesi lawatan tapak Ahli-Ahli Majlis MBAS dan Jawatankuasa Mesyuarat Pembangunan Infrastruktur Kesejahteraan Bandar Ke Projek Menaiktaraf LRA Pelubang telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Nasrankamil bin Noh, Tuan Setiausaha MBAS. Hadir sama Ahli-Ahli Majlis MBAS, pihak Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pihak perunding SHMB Sdn. BHD. Sesi taklimat berkaitan status projek menaiktaraf PRA Pelubang untuk sistem bekalan air bersih telah disampaikan oleh En. Muhammad Shattirq Bin Mazelan, Pengurus SADA Wilayah Utara 1 serta En. Wan Azizul, perunding SMHB Sdn. Bhd.
 
Menurut Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh berkata lawatan tapak pada hari ini diadakan bertujuan untuk memastikan status projek menaiktaraf LRA Pelubang bagi sistem bekalan air bersih ke bandaraya Alor Setar, Kuala Kedah dan jajaran termaklum rentetan dari mesyuarat infrastruktur yang telah diadakan di peringkat MBAS. Beliau berharap projek menaiktaraf LRA Pelubang ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mengikut perancangan yang tepat sepertimana yang telah dibentangkan oleh pihak SADA dan juga JKR agar perkara ini dapat dimaklumkan kepada masyarakat yang mengalami masalah gangguan bekalan air. Tambah beliau lagi, MBAS serta sokongan Ahli-Ahli Majlis MBAS akan sama-sama membantu untuk memaklumkan info-info terkini mengenai status projek ini kepada masyarakat.
 
Dalam pada itu, Pengurus SADA Wilayah Utara 1, En. Muhammad Shattirq Bin Mazelan turut berkata pihak SADA mempunyai beberapa inisiatif untuk membaikpulih sistem agihan bekalan air sementara projek menaiktaraf LRA Pelubang ini siap antaranya penukaran paip yang sedang dijalankan hampir tiga kilometer di pekan Kuala Kedah dan akan diteruskan dari persimpangan Kuala Kedah sehingga Jeti Kuala Kedah. Di samping itu juga, kerja-kerja pembaikan kebocoran turut akan dijalankan secara lebih efektif dan pembinaan rumah-rumah pam booster yang dijangka perlu bagi menyalurkan bekalan air dengan lebih stabil kepada pihak pengguna. Kata beliau lagi, pihak SADA sedang mendahulukan beberapa projek yang dijangka membantu sementara projek menaiktaraf LRA Pelubang ini siap sepenuhnya seperti pemasangan paip dari tangki LRA Pelubang ke Jalan Kuala Kedah dan juga pemasangan paip dari Jalan Gunung ke Kubang Rotan.
 
Skip to content