03 JULAI 2023 (ISNIN)

PAMERAN DAN PEMBENTANGAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH BANDAR BAHARU

PEMBENTANGAN CADANGAN KONSEP DAN PELAN PEMBANGUNAN OLEH PELAJAR STUDIO TAHUN 3, PROGRAM PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang telah menganjurkan satu Sesi Pameran dan Pembentangan Bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Bandar Baharu, Kedah dan Majlis Daerah Bandar Baharu telah dijemput untuk menghadiri pembentangan tersebut di mana program ini merupakan susulan kolaborasi ilmiah antara dua jabatan bagi projek akhir para pelajar Studio Perancangan 300 (Subjek RPS304), Program Perancangan Bandar dan Wilayah.

Program ini diadakan untuk mempersembahkan hasil kajian dan reka bentuk para pelajar yang meliputi 6 sektor pembangunan iaitu guna tanah dan tadbir urus, perumahan, ekonomi dan pertanian, pelancongan, persekitaran, infrastruktur dan kemudahan awam dan reka bentuk bandar di sekitar Daerah Bandar Baharu.

Program telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Studio Perancangan Tahun 3, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Turut hadir memeriahkan program adalah Tuan Setiausaha MDBB, Ketua Perancangan Pembangunan MDBB, Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) MDBB dan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa MDBB.

Skip to content