LAWATAN PENANDAARASAN ‘SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS’

Lawatan Penandaarasan ‘Sustainable Development Goals’ daripada Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSPK) ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Delegasi diketuai YBhg. Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, Yang Dipertua MPSPK. Turut serta Dr. Ani binti Ahmad, YDP MPAJ bersama Puan Julaihah binti Jamaludin, Setiausaha MPAJ serta barisan ahli majlis, pengarah, pegawai dan kakitangan MPAJ.

Objektif utama lawatan adalah untuk mendalami dengan lebih lanjut berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), susun atur dan kaedah lorong sisi dan belakang yang dikenali sebagai Lorong Ampang Mampan (SDGs) di Ampang Point. Sesi taklimat dan penerangan ringkas telah disampaikan oleh TPr. Zuraina binti Said, Pengarah Jabatan Perancang Bandar.

Semoga dengan adanya penandaarasan ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada MPSPK dan masyarakat dalam usaha meningkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan penduduk.

Skip to content