KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI (MPSPK) KE JABATAN LANDSKAP NEGARA

Pada 06 Julai 2023 (Khamis), telah berlangsungnya Kunjungan Hormat Delegasi Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) ke Jabatan Landskap Negara. Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Roslee bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara.

Sesi kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan seterusnya mengaplikasi tatakerja dalam pembangunan landskap dan keceriaan bandar Sungai Petani. Turut hadir sama dalam sesi ini adalah YBrs. Dr. Mazifah binti Simis, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JLN, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, Setiausaha MPSPK, Encik Mohd Zahir bin Salleh, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPSPK, Encik Muhamad Hasrun bin Ahmad, Pengarah Jabatan Landskap & Rekreasi MPSPK, Cik Natasya binti Ismail, Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MPSPK, Puan Nurazureen binti Daud, Pegawai Perancang Bandar MPSPK, Encik Mohd Fuad bin Ahmad, Penolong Pegawai Pertanian MPSPK serta beberapa pengarah bahagian Jabatan Landskap Negara.

Skip to content