Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Jabatan Muzium Malaysia akan menganjurkan Seminar Cabaran & Masa Depan Arkeopelancongan di Lembah Bujang pada 08 Julai 2023 (Sabtu) bertempat di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah. Antara ahli panel yang terlibat di dalam seminar tersebut adalah Dr. Mohd Amin bin Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.