KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di negeri Kedah Darul Aman serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
1. 73/2023
(KEJ)
Menaiktaraf Kawasan Siar Seni SP Walk Sungai Petani, MP Sungai Petani

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE21

Tarikh : 20 Julai 2023

Tempat : Ruang Legar, Aras G, Menara MPSPK

Masa : 9.30 pagi

(Lawatan Tapak Di Wajibkan)

2. 75/2023
(KEJ)
Kerja-Kerja Menaiktaraf Tapak Letak Kenderaan dan Tapak Konkrit Imprint di Jeti Semeling MPSPK, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE21

Tarikh : 20 Julai 2023

Tempat : Ruang Legar, Aras G, Menara MPSPK

Masa : 10.00 pagi

(Lawatan Tapak Di Wajibkan)

3. 76/2023
(KEJ)
Cadangan Membina Tandas Awam dan Tangki Bekalan Air di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah Darul Aman Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori B
Pengkhususan B04

Tarikh : 20 Julai 2023

Tempat : Ruang Legar, Aras G, Menara MPSPK

Masa : 10.30 pagi

(Lawatan Tapak Di Wajibkan)

Harga Dokumen :RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 20 Julai 2023 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dan Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 27 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran serta nombor sebut harga dan di hantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 13 Julai 2023

Skip to content