16 JULAI 2023 (AHAD)

MAJLIS PENYERAHAN GERAN OLEH YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2023

 

Majlis Penyerahan Geran olehYAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2023 ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu pada 16 Julai 2023 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Seri Tasik, Serdang, Kedah.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyerahkan geran tanah kepada individu yang telah berjaya mendapat kelulusan seramai lebih kurang 44 orang penerima geran dan lesen pendudukan sementara (LPS) termasuk agensi Maktab Mahmud Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Pegawai Agama Daerah, Syeikh Wan Addas bin Wan Abd. Hamid., PJK., seterusnya diikuti dengan ucapan aluan daripada Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Talian dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Md Suhaime bin Abd Rahman., DSDK., PJN., AMK., BCK., ASK.

Majlis diteruskan lagi dengan ucaptama oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman., Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor., SPMK., AMK., yang memberi fokus kepada pentingnya pemilikan tanah di Negeri Kedah ini sama ada untuk kegunaan pertanian, kediaman atau sebagainya. Beliau memohon kepada semua penerima geran tanah dan lesen pendudukan sementara (LPS) dalam majlis ini supaya menghargai pemilikan tanah yang telah berjaya kerana tempoh pemprosesan untuk mendapatkan geran tanah mengambil masa yang sangat panjang untuk diluluskan dan tanah-tanah yang telah dimiliki janganlah dijual dan biarlah ia berkekalan untuk diwarisi.

Setelah itu, majlis disempurnakan dengan penyerahan geran kepada semua penerima geran serta diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu kepada YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman dan sidang akhbar dengan para wartawan dan jamuan makan tengah hari.

Skip to content