PROGRAM KAYUHAN JERAI GEOPARK FUNRIDE

Telah berlangsungnya Program Kayuhan Jerai Geopark Funride 2023 pada 22 Julai 2023 bertempat di Kompleks Pelancongan Sungai Merbok (Jeti Semeling) anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MPSPK (KESUKEM).

Program tersebut dirasmikan oleh Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Turut hadir, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, Encik Mohd Amin bin Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Encik Mohd Zahir bin Salleh dan Encik Nor Ariffin bin Hamzah, Pengerusi KESUKEM MPSPK.

Skip to content